Hi! Welcome to Hikoki Store! For any inquiry, feel free to WhatsApp us to +60136614469. Happy shopping!
Latest Products
Sort by
Show result

Tajuk: Leaving Microsoft to Change the World ISBN:

Penulis: John Wood

Penerbit: Jejak Tarbiah

Dengarlah kata hati. Usah terlalu mengikut kata orang. Terikat dengan apa yang orang akan kata, kita akan terperangkap dalam cita-cita dan impian sendiri. Rugi. Kerana, ada potensi dalam diri, tidak kita keluarkan. Tenggelam kerana mengikut kehendak masyarakat.

Semoga kita sama-sama mendapat inspirasi ketika membaca kisah John Wood. Bekas eksekutif Microsoft yang berhenti kerja dan membina perpustakaan melalui organisasi Room To Read yang diasaskannya. Kembaranya ke Nepal membuka matanya tentang makna hidup dengan membantu orang lain yang serba kekurangan.

Malah, Ustaz Hasrizal pernah menulis dalam buku Setia Dengan Kebenaran, "Memberi, tidak pernah mengurangkan apa yang ada pada diri malah menyuntik subur berkat dan kemajuan."

RM29.75
RM35.00

Manusia diciptakan hidup berpasangan antara lelaki dan perempuan. Kehidupan berpasangan ialah saling lengkap-melengkapi antara satu sama lain.

Oleh itu, peribadi dan perangai berbeza antara lelaki dan perempuan. Kombo ini menceritakan bagaimana kita ingin mengenali pasangan kita supaya kita dapat mengelakkan selisih faham antara satu sama lain.

kombo ini mengandungi tajuk-tajuk:

1) WHY MEN DON'T LISTEN WOMEN & CAN'T READ MAPS: EDISI BAHASA MELAYU

2) Men Are From Mars, Women Are From Venus: Edisi Kemas Kini

3) Mars and Venus Together Forever

RM70.00
RM102.00

Format: Kulit NIpis
ISBN: 978-967-411-960-7
Penulis: John Gray
Tahun Terbit: 7 Apr 2017
Jumlah Muka Surat: 336

=========================

“Semoga kekal bahagia sepanjang hayat”

“Moga cinta kalian kekal abadi”

 Inilah antara ucapan yang seringkali disampaikan kepada pasangan yang baru mendirikan rumah tangga. Bunyinya indah, namun dengan perbezaan yang begitu ketara antara lelaki dan wanita, mampukah sebuah cinta dan perhubungan yang terbina itu kekal hingga ke akhirnya?

 Menerusi buku Mars and Venus Together Forever Edisi Bahasa Melayu ini, kita akan memahami dan menyelami setiap perbezaan antara lelaki dan wanita, supaya hubungan yang terbina kekal utuh.

RM32.00
RM34.00

Tajuk: Apa Khabar Depresi? 
ISBN: 978-967-481-421-2
Penerbit: PTS 
Penulis: DR. Sakinah Salleh
Tahun Terbitan: 2020
Muka Surat: 184
Halaman: Hitam Putih & Berwarna
Format: Softcover
Berat (kg):0.265
Dimensi (cm): 22.8cm x 15.3cm x 1cm

RM20.50
RM23.00

Sinopsis Solusi Stres

Hidup akan hambar tanpa stres, namun bukan semua stres itu menjadikan kita manusia yang lebih baik. Ada stres yang datang dalam hidup persis tetamu yang toksik, singgah dan kemudiannya menjajah minda.

Oleh kerana itu otak manusia dicipta dengan pelbagai struktur yang menyediakan kita dengan pertahanan menghadapi stres. Amygdala yang bersedia untuk lari atau melawan dan otak frontal yang akan memberi isyarat rasional dan membuat keputusan dengan hikmah.

 

How Are You? Synopsis

A Friend asks, "How Are You?"

You want to say, "I'm fine", but you know that is untrue. You are in pain, but you don't know how to express it.

A friend says, "I'm fine", but you know there is something more beyond those words. You notice something is not right, but you don't know what to do. You want to understand and help but you don't know where and how to start.

RM58.00
RM63.00

Penerbit: PTS

Format: Paperback

Halaman: Hitam Putih

RM34.00
RM40.00

MUKADDIMAH


BAB 1 : Hati Kita

BAB 2 : Nilai Syahadah

BAB 3 : Kurniaan Nur

BAB 4 : Kemuliaan dan Kecintaan Rasulullah

BAB 5 : Israk dan Mikraj

BAB 6 : Kepentingan Mengingati Orang Soleh

BAB 7 : Pembawa Rahmat

BAB 8 : Sifat Rahmat Nabi kepada Umat

Pedoman Buat Umat adalah buku ke-3 Habib Ali Zaenal Abidin. Dalam tulisan kali ini, fokusnya lebih kepada contoh-contoh dan kisah yang dapat kita teladani daripada kehidupan Nabi Muhammad S.A.W dan juga sahabat-sahabat Baginda R.A.

 

Mengekalkan gaya biasa Habib Ali, apa yang dikongsi terasa lebih dekat di hati.

 

RM9.50
RM10.00

REVIEW

 

Zaman teknologi yang semakin canggih, semua orang sudah keluar dari kepompong tempurung. Kepompong yang mana bila kita lakukan kesalahan, yang tahu mungkin hanya sebilangan orang-orang di kampung.

Dengan munculnya facebook, instagram, youtube dan segala macam media sosial yang ada, kita semakin mudah untuk bertegur sapa. Lebih dari itu, kita juga suka tegur menegur dengan berhujahkan ‘amar makruf nahi mungkin’- mengajak kearah kebaikan dan mencegah kemungkaran. Tapi adakah perbuatan kita tepat?

Dalam buku Nasihat Buat Diri, yang dikarang oleh Nur Mohamad Adli Rosli yang beliau ambil dari kata-kata Habib Ali Zaenal Abidin, beliau menulis satu bab iaitu Memahami erti menegur dan ditegur.

Dalam perenggan pertama pada bab ini, penulis memberitahu, orang yang mengajak orang lain berbuat baik itu perlu terlebih dahulu dirinya diminta berbuat baik. Tetapi orang yang menerima teguran tidak boleh membalas dengan kata-kata “Kamu juga tidak buat, selepas itu suruh aku yang buat?”.

Tambah penulis lagi, bila datang kepada kita satu ajakan untuk melakukan kebaikan atau melarang kita untuk melakukan kemungkaran, sebenarnya itu adalah larangan dari Allah swt. Tetapi jika yang mengajak itu melakukan kemungkaran juga, itu sememangnya salah bagi dirinya.

Ramai dari kalangan pengguna media sosial media hari ini yang membuat video parodi dengan bertujuan dakwah sebenarnya menyimpang dari maksud yang ingin disampaian oleh penulis dalam buku ini.

Parodi-parodi yang mengeji dan sesetengahnya yang keterlaluan untu mendapatkan perhatian di media sosial dengan alasan dawah adalah sesuatu yang sangat hipokrit dan sudah lari dari maksud asal ‘amar makruf nahi mungkin’. Ramai yang ambil sebahagian dari maksud asal iaitu hanya melakukan ‘nahi mungkar’ tetapi meninggalkan ‘amar makruf’.

Tulis penulis lagi dalam bab ini, menjadi tanggungjawab bagi diri kita untuk mendengar apa yang disampaikan. Arahan mahupun tegahan. Dan sebaiknya kita mengambil manfaat daripada apa yang disampaikan itu.

RM9.50
RM10.00

Review

 

Buku yang mengandungi nasihat-nasihat yang melindungi hati dari berbuat kerosakan, kejahatan, menghindari kejahilan serta mengelakkan diri dari terpesona dengan kenikmatan dunia. Buku ini juga mengandungi peringatan mesra dengan contoh-contoh dari hadith, Al Quran dan kisah ulama' serta imam ahli sunnah wal jamaah.

- Faraziela Yahya

RM9.50
RM10.00

Pada tahun 2099, dunia sedang bergelut dalam perang yang berpanjangan. 95% kematian di bumi ketika ini adalah di medan perang. Jadi dengan beratus-ratus juta mayat yang bergelimpangan di sana, siapa yang perlu menguruskannya?

Ketika inilah wujudnya penjejak kubur. Mereka diupah oleh ahli keluarga untuk mencari mayat waris mereka yang terkorban dan membawa mayat itu pulang. Mercka perlu pergi ke medan perang demi memenuhi permintaan ahli keluarga yang sedang berkabung.

Azrahel, seorang penduduk bandar Kersani, merupakan penjejak kubur yang mempunyai pengalaman selama 10 tahun. Dia diupah olch seorang usahawan bagi mencari suaminya yang terkorban di medan perang. Tapi apa yang ditemui Azrahel mengejutkannya. Sejak itu, segala-galanya berubah.

Apakah yang ditemui oleh Azrahel? Apakah nasib bandar Kersani selepas itu?

RM21.00
RM28.00

Hyun Ji, seorang ibu tunggal enggan berhenti mencari anaknya, Yerin yang hilang sejak tiga tahun lalu. Pencariannya berakhir apabila mayat Yerin dijumpai di taman bunga di sebuah kompleks apartmen. Detektif utama kes ini, Seo Jun menemui kumbang di badan Yerin dan yakin bahawa serangga ini merupakan petunjuk penting untuk menyelesaikan misteri kematian gadis itu. Da In, seorang anak yatim yang meminati serangga menjadi suspek utama kes pembunuhan ini. Sementara itu, Hyun Ji yang tidak berpuas hati dengan hasil siasatan polis membuat keputusan untuk menjaga Da In. Keputusannya mengejutkan semua pihak dan menimbulkan kekecohan. Hyun Ji yakin, hanya Da In yang mampu menjawab segala persoalannya. Satu demi satu pertumpahan darah berlaku, tidak mengira yang berdosa ataupun yang tidak berdosa.

Apakah kaitan antara Yerin dan Da In? Kenapa Yerin dibunuh? Adakah pembunuh sebenar Yerin berjaya ditangkap?

RM21.00
RM28.00

Penulis: Panel Penulis The Patriots

Genre: Bukan Fiksyen Umum

ISBN: 978-967-539-460

Mukasurat – 536

Sinopsis: Kitab Tamadun Melayu

RM33.50
RM38.00

Psikologi Si Kecil x 1

Solusi Stress x 1

Aku Nabi Isa x 1

RM77.99
RM85.00

Psikologi Si Kecil x 1

Solusi Stress x 1

RM63.50
RM70.00

There is a quote that goes, “Her own thoughts and reflections were habitually her best companions,” by Jane Austen.

While my thoughts have not always been my best companions nor have they been quiet, they are constantly there.

RM26.00
RM28.00

A creative compilation of short stories and poems by yours truly;

A girl sins and expects thunder to strike her.

A doctor prescribes daily dose of ” I love you ” to cure Alzheimer’s.

A student drives in the middle of the road with intentions to be hit.

RM31.99
RM35.00